www.majalahsains.com

12/30/08

2009 / 1430 H

Saudari Najibah, pemilik Bukuria-Malaysia menulis analisis menarik tentang pembacaan buku beliau sepanjang tahun 2008 menjelang tahun baru 2009. Saya pun merasa terpanggil untuk menulis perkara yang sama, tetapi lebih kepada buku-buku yang tamat dibaca dan meninggalkan kesan . Saya sendiri lupa dan tidak pernah mencatat berapa bilangan buku-buku yang dibeli sepanjang tahun kecuali yang ditulis di halaman pertama setiap buku yang dibeli mengenai tarikh dan tempat. Tambahan pula, hampir kesemua buku-buku ditinggalkan di Malaysia sebelum berhijrah ke Kanada bulan September yang lalu kecuali yang benar-benar diperlukan sahaja yang dibawa..

Senarai buku yang tamat dibaca pada tahun 2008

1. Tan Sri A Samad Ismail Menulis ..A Samad Ismail
2. Budaya Yang Tercabar ..Shamsul Amri Baharuddin
3. Mengapa Kami Bantah ..Prof Emer. Dr Abdullah Hassan
4. Ignited Minds -- A.P.J Kalam
5. Wings of Fire .. A.P.J Kalam
6. MafiaBoy -- Michael Cache
7. Karya Nan Indah --Faisal Tehrani
8. Lasykar Pelangi - Andrea Hinata
9. IWoz - Steve Wozniak
10. Dua Dunia - Anis Sabirin
11. Keganasan, Penipuan & Internet --Hishamuddin Rais
12. Mencari Jalan Pulang --Kassim Ahmad

Untuk tahun 2009, saya lebih cenderung untuk membaca buku-buku fiksyen, sejarah sains moden & novel..insyaallah!

Buku yang tidak pernah dilupakan dan dibaca sepanjang tahun sejak 1998 terutamanya apabila fikiran agak tersasar ialah Falsafah Hidup karya agung Buya Hamka..Tetap menjadi rujukan sehingga sekarang!

Selamat Tahun Baru !!

12/24/08

Menilai dengan akal

Sebulan dua yang lalu, berita-berita heboh menyiarkan kisah Datuk Chamil Wariya dan Utusan Malaysia yang disaman Teresa Kok berkenaan dengan isu cerpen Politik Baru YB.J. Bukan main-main nilai saman yang dituntut..RM30 juta!!

Belakangan ini isu puisi Dr Maza yang dinyanyikan oleh Kopratasa berjudul 'Aku Bukan Musuh Harta' bagi menegur mereka-mereka yang terlibat dalam kegiatan rasuah dan wang haram. Lantas ia diharamkan disiarkan di RTM atas alasan liriknya terlalu kasar dan tidak sesuai. Di sini saya turunkan semula puisi berkenaan yang telah digubah dalam bentuk lagu..

Betapa pena yang tajam dapat menikam hati-hati mereka yang keras dan buta seni

Puisi dipetik dari laman web Dr Maza

12/21/08

Mencari buku

Di kejauhan, saya teringat satu buku yang perlu dicari dan dibaca sebelum menutup mata. Agak mustahil untuk menemuinya di sini, tetapi mungkin boleh dikirim oleh saudara mara dari Malaysia Sebuah buku kisah tahanan ISA tulisan Kassim Ahmad berjudul Universiti Kedua.

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang buku ini bolehlah berkongsi dengan saya..

Petikan buku boleh dibaca di sini

Sekian

Gambar diperolehi dari blog AlmariRoboh

12/20/08

Harga minyak & tabiat orang 'kita'

Harga minyak telah turun dari RM2.70 ke RM1.80 seliter di Malaysia..penurunan yang mendadak akibat turunnya harga minyak dunia..Di Canada penulis tak berapa pasti sebab tidak memiliki kereta..sehingga kini kami lebih selesa menaiki pengangkutan awam..

Ketika harga minyak meningkat naik sehingga RM2.70 liter beberapa bulan lepas, ramai yang telah beralih kepada penggunaan NGV untuk kenderaan mereka akibat tidak tertahan dengan beban kenaikan harga minyak..Ada beberapa bengkel kereta tiba-tiba menjadi terkenal dan mengaut untung dengan perkhidmatan memasang tangki NGV..bagi yang mampu mereka ke bengkel..bagi yang kurang mampu dan lebih kreatif, memasang sendiri tangki NGV menjadi pilihan..akibatnya suatu kejadian yang tidak diingini berlaku apabila tangki NGV mereka meletup dan mengorbankan nyawa..(disiarkan dalam akhbar dan berita tempatan)

Sekarang harga minyak turun kembali..riuh rendah sistem enjin NGV tidak kedengaran lagi..hidup kembali normal..ada yang sentiasa beringat dan ada yang lupa apa yang berlaku..itulah hakikat kehidupan manusia..

Apa yang kita boleh belajar ialah 'janganlah bersikap gopoh gapah'.. "mendengar guruh di langit air tempayan dicurahkan" adalah peribahasa yang tepat untuk menggambarkan sikap gopoh gapah...alangkah elok kalau kita bertenang..lambat laun keadaan kembali normal..

Teringat lagu apokalips dendangan M Nasir..

'hidup dan nasib
roller coaster, roller coaster
susah dan senang bersilih ganti'

12/18/08

Sekali-sekala

Duduk Canada sesekali gian juga tengok iklan-iklan menarik kat TV terutamanya yang berkaitan dengan makanan..:-)

Jadi saya cuba buat pizza..bukan buat pun, letak jer topping'nya dan masukkan dalam 'oven'..doh pizza beli kat market..nah!!

Ermm..ini makan malam kami.. homemade pizza!

12/17/08

Letaklah sesuatu di tempat yang betul


Presiden US yang baru, Barrack Obama melantik Steven Chu sebagai Energy Secretary' nya yang baru. Steven Chu merupakan pemenang Anugerah Nobel Fizik pada tahun 1997 dan menjawat jawatan sebagai pengarah di Lawrence Berkeley National Laboratory.

Steven Chu merupakan seorang yang aktif memperjuangkan kaedah saintifik bagi mengatasi dua masalah utama yang dihadapi dunia sains iaitu Pemanasan Global dan Penggunaan Tenaga Keterbaharuan (renewable energy).

Di negara-negara maju, kesedaran tentang dua masalah ini giat disebarkan baik dari kumpulan penyelidikan saintifik mahupun orang awam melalui rencana-rencana di akhbar ataupun majalah. Baru-baru ini penulis menerima 2 risalah berjudul AWAKE dari pertubuhan Kristian di sini yang menulis tentang 'Global Warming'. Pengedar-pengedar risalah tersebut terdiri dari golongan 'tua' yang menjadi ahli pertubuhan tersebut!

Berbalik kepada perlantikan Steven Chu sebagai Setiausaha Tenaga Amerika yang baru, ia suatu petanda bahawa kaedah saintifik sangat diperlukan dalam menangani masalah-masalah yang berkaitan dengan sains dan teknologi atau dengan kata lain meletakkan sesuatu biarlah kena pada tempatnya.

Masyarakat saintifik melihat perlantikan ini sebagai satu penghormatan besar kepada golongan saintis dalam pentadbiran tertinggi sesebuah kerajaan. Kita lihat apa yang akan dilakukan oleh Profesor Steven Chu pada penggal akan datang.

Sesuatu yang boleh dipelajari dari perlantikan ini.

12/9/08

Pengalaman baru!

Menakjubkan!
Inilah pertama kali saya dan keluarga melihat salah satu kekuasaan Tuhan apabila salji turun....sungguh teruja!!Saya mengambil kamera dan bergegas ke sungai yang berdekatan kediaman kami. ..Semasa mengambil gambar kelihatan juga beberapa individu sedang mengambil gambar air terusan yang sedang membeku di lapisan atas..begitu cantik dengan kepulan tebal wap air lepas ke udara seolah-olah api membakar sekam dan melepaskan asap di permukaan..

Di tengah-tengah kesejukan (-20 degree) beberapa keping gambar diambil, namun tidak dapat bertahan lama dengan suhu sejuk melampau walaupun tubuh, muka dan tangan berbalut . Tangan dan muka terasa kejang dan kebas!! Tanpa menunggu lama, saya berlari pulang!..

Sampai di rumah mulut seakan terkunci dan berat untuk berkata-kata akibat kesejukan..isteri pun gelak.. :-)

Sejuk dan cantik sekali pemandangan salji yang memutih di setiap penjuru bumi Montreal!


Suhu yang dicatatkan pada 8 Disember lepas

Gigi air di Verdun Canal berdekatan rumah yang sedang membeku

Di depan tangga rumah!

p/s: Sehingga entry ini ditulis salji telah mencapai paras betis dan sesetengah tempat sampai ke lutut.. di jalan-jalan utama salji tebal diratakan dengan jentolak

12/6/08

SALAM AIDILADHA 1429 Hijrah

Kami sekeluarga mengucapkan selamat menyambut Aidiladha kepada rakan-rakan pembaca blog dan sahabat-sahabat di luar sana. Semoga pengorbanan kita sentiasa dirahmati Allah.
Aminn!!

(Gambar diambil semasa menyambut aidiladha pada tahun 2004 di Besut Terengganu)

6 Disember 2008
Quebec, Canada

12/2/08

Kisah Penggodam

Saya baru selesai membaca buku berjudul Mafiaboy:How I Cracked Internet and Why it's Still Broken' tulisan Michael Calche a.k.a Mafiaboy dan Craig Silverman. Kisah mafiaboy sememangnya terkenal di kalangan komuniti keselamatan komputer. Dan Verton dalam bukunya sebelum ini, The Hackers Diaries : Confessions of Teenage Hackers telah menceritakan serba sedikit tentang latarbelakang mafiaboy dan penggodam-penggodam lain.

Saya selesai membaca buku Dan Verton ini dua tahun dahulu. Kisahnya begini, pada tahun 2000 laman web terkenal Yahoo!, E-bay, E-Trade, Dell telah lumpuh beberapa jam dan kerugian dianggarkan sebanyak 8 bilion dolar US akibat aktiviti penggodam komputer sehingga memaksa Bill Clinton sendiri turun padang meminta pihak berkuasa bertindak membanteras dan menghukum individu yang bertanggungjawab. Mafiaboy di tangkap sekitar April 2001, ketika berumur 15 tahun!!

Waktu itu, internet masih baru dan mula berkembang di seluruh dunia. Saya sendiri mula 'menyentuh' internet sekitar tahun 1999. Itu pun hanya bermain IRC dan menggunakan emel. Internet belum lagi berkembang seperti sekarang..jauh sekali blog!..

Terbitnya buku tulisan mafiaboy sendiri atau pun Michael Calce ini pada tahun ini membuatkan hati tak tertahan untuk memilikinya..

Dan sekarang Michael Calce telah insaf dari kegiatan masa remajanya dan telah menukar profesion ke arah yang lebih bermanfaat membantu komuniti IT tentang peri pentingnya keselamatan komputer dan rangkaian..

Seronok membaca buku ini!

Buku terbaru dari Amazon.ca


Buku terdahulu